Thursday, March 8, 2012

JENIS - JENIS POTONGAN LENGAN ABAYA

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum, sahabat NUR AIN'Z BOUTIQUE sekalian.Di sini ain sediakan coretan ringkas buat sahabat semua bagi memberikan gambaran jenis-jenis lengan abaya Qatar yang boleh ditempah mengikut kesesuaian dan citarasa masing-masing.




'Sporty sleeves' adalah rekaan di lengan abaya yang disertakan dengan embroidery stones tambahan dan apabila dipakai lengan abaya akan kelihatan terletak kemas.Sesuai digayakan muslimah yang aktif dengan aktiviti harian.




'Wide sleeves' adalah potongan di lengan abaya yang agak besar bukaannya.Ukuran yang biasa untuk rekaan ini adalah 12', 14', dan 16'.Tempahan untuk rekaan sebegini adalah bergantung kepada citarasa pelanggan.Rekaan bagi 'wide sleeves ini boleh dibuat seperti dalam gambar atau boleh ditempah memanjang sahaja, tanpa ada bentuk di hujungnya.




Grip getah antara yang paling digemari muslimat masa kini.Ini kerana jahitannya adalah ringkas dan memudahkan muslimat untuk bergerak aktif dalam pekerjaan seharian.




'Smocking Elastik' adalah rekaan lengan abaya jenis seperti grip getah juga, hanya berbeza bentuk di hujung lengan.Untuk rekaan sebegini, ukuran yang biasa ditempah adalah 3', 6' dan 9' sahaja.

Namun, NUR AIN'Z BOUTIQUE menasihatkan agar ditempah saiz 3' sahaja bagi menjaga syariat Islam dalam berpakaian.Ini kerana rekaan sebegini jika ditempah hingga 6' atau 9', dikhuatiri akan menampakkan bentuk lengan si pemakai.




Rekaan 'ruffle' seperti dalam gambar contoh adalah antara rekaan yang digemari muslimah yang inginkan kelainan.Begitu juga untuk rekaan ini, NUR AIN'Z BOUTIQUE menasihatkan agar ianya ditempah sekadar 3' atau 6' sahaja bagi mengelak ianya kelihatan sarat atau tabarujj pada si pemakai.Malah, pemilihan warna juga amat penting untuk rekaan sebegini.




Rekaan lengan abaya jenis butang juga amat digemari muslimah aktif masa kini kerana ianya memudahkan pergerakkan seharian.


Gambar-gambar yang dipamerkan di atas adalah contoh sahaja dan rekaannya boleh digunakan pada mana-mana rekaan abaya, InsyaAllah.

Sebarang pertanyaan, sahabat boleh berhubung:

Email: nurainzboutique@gmail.com
SMS : 016 665 7783 [sertakan nama dan alamat email anda]

Syukran,
Salam Perjuangan,
Nur'Ain Vivian 

"Muslimah Bergaya Aurat Terpelihara"


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana singgah di NUR AIN'Z BOUTIQUE.Maklum balas daripada anda amat ain hargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...