Di sini anda dapat lihat gambar rajah yang ain uploadkan bagi memudahkan anda semua membuat ukuran.
CARA MEMBUAT UKURAN SAIZ ABAYA

Ikuti langkah-langkah ini :
DADA : Tetapkan titik ukuran, ukur disekeliling bahagian dada, pastikan tali ukur dalam keadaan lurus di bahagian belakang badan.
PINGGUL : Ukur di bahagian sekeliling pinggul.
LABUH : Mulakan ukuran dari bahagian belakang badan di bahagian bawah leher hingga ke paras labuh yang anda ingini.(seelok-eloknya hingga paras buku lali kaki)
LEBAR BAHU : Gunakan tali ukur dan ukur di bahagian belakang badan, dari satu bahu ke bahu yang lain.
PANJANG LENGAN : Mulakan ukuran dari bahagian atas bahu anda dan pastikan tali ukur dalam keadaan lurus hingga ke bahagian pergelangan tangan.
PENTING!!!:
# sila sertakan berat badan anda
# ketinggian anda
Setiap ukuran adalah dalam inci. Setelah selesai membuat ukuran, sila berikan butirannya beserta dengan maklumat belian seperti berikut:
# NAMA PENUH
# ALAMAT PENGHANTARAN
# NO.TELEFON UNTUK DIHUBUNGI
# KOD BELIAN ABAYA
# UKURAN DAN SAIZ YANG BETUL
# MATERIAL PILIHAN
# BERAT BADAN
# KETINGGIAN
Pelanggan juga boleh menggunakan jadual ukuran disediakan.Namun jadual berkenaan adalah saiz Standard Abaya Qatar.Dinasihatkan agar pelanggan membuat ukuran sendiri terlebih dahulu.
Sekiranya anda telah membuat ukuran tetapi masih kurang pasti dengan saiz abaya yang patut dipilih, boleh hantarkan pesanan kepada ain terus:
SMS : 016 665 7783 [sertakan nama dan alamat email anda]
Email : nurainzboutique@gmail.com
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana singgah di NUR AIN'Z BOUTIQUE.Maklum balas daripada anda amat ain hargai.