Thursday, October 27, 2011

UKURAN ABAYA DUBAI & RIYADH

Assalamualaikum, selamat sejahtera kepada semua sahabat dan pelanggan ain di NUR AIN'Z BOUTIQUE.Di sini ain ingin tunjukkan cara buat anda semua yang berminat untuk membeli koleksi abaya Dubai & Riyadh dari Nur Ain'Z Boutique tetapi kurang pasti dengan ukuran yang bersesuaian.




CARA MEMBUAT UKURAN SAIZ ABAYA

Ini adalah ukuran 'standard' bagi semua jenis abaya yang didatangkan khas dari ABU DHABI/DUBAI di dalam koleksi NUR AIN'Z BOUTIQUE.



Ikuti langkah-langkah ini :

DADA : Tetapkan titik ukuran, ukur disekeliling bahagian dada, pastikan tali ukur dalam keadaan lurus di bahagian belakang badan.

PINGGUL : Ukur di bahagian sekeliling pinggul.

LABUH : Mulakan ukuran dari bahagian belakang badan di bahagian bawah leher hingga ke paras labuh yang anda ingini.(seelok-eloknya hingga paras buku lali kaki)

LEBAR BAHU : Gunakan tali ukur dan ukur di bahagian belakang badan, dari satu bahu ke bahu yang lain.

PANJANG LENGAN : Mulakan ukuran dari bahagian atas bahu anda dan pastikan tali ukur dalam keadaan lurus hingga ke bahagian pergelangan tangan.


UNTUK SAIZ DADA:
Tambah 6 inci daripada saiz ukuran anda.

UNTUK BAHAGIAN PINGGUL:
Tambah 8 inci daripada saiz pinggul anda.


CONTOH:

Ukuran dada : 34, Ukuran pinggul : 38.
Saiz dada abaya = 34+6 = 40
Saiz pinggul abaya = 38+8 = 46.

Maka, saiz abaya adalah S.


Setelah selesai membuat ukuran, sila rujuk pada jadual disediakan.Setiap ukuran adalah dalam inci.





Setelah selesai membuat ukuran, sila berikan butirannya beserta dengan maklumat belian seperti berikut:

#NAMA PENUH
#ALAMAT PENGHANTARAN
#NO.TELEFON UNTUK DIHUBUNGI
#EMAIL JIKA PERLU
#KOD BELIAN ABAYA
#UKURAN DAN SAIZ YANG BETUl



Sekiranya anda telah membuat ukuran tetapi masih kurang pasti dengan saiz abaya yang patut dipilih, boleh hubungi ain terus:
Tel : 016 665 7783
Email : nurainzboutique@gmail.com

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana singgah di NUR AIN'Z BOUTIQUE.Maklum balas daripada anda amat ain hargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...