TERMA SYARAT BELIAN


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Salam sejahtera kepada semua sahabat dan pengunjung setia NUR AIN'Z BOUTIQUE.

Untuk makluman NUR AIN'Z BOUTIQUE hanya menerima bayaran penuh sahaja untuk belian abaya Ready Stock mahupun Custom Made Abaya.

Ini bagi mengelak berlakunya BACKOUT BUYERS .


SYARAT BELIAN ABAYA READY STOCK
  • hanya PELANGGAN TETAP sahaja diberikan kelonggaran untuk RESERVED selama 7 hari sebarang stok abaya di NUR AIN'Z BOUTIQUE, insyaAllah.
  • syarat RESERVED untuk Pelanggan Baru hanya dalam masa 24 jam sahaja dari masa pelanggan membuat pengesahan.
  • abaya yang  RESERVED akan diberikan pada pelanggan lain yang SERIUS membuat bayaran penuh sekiranya tiada maklumbalas diterima selepas itu.
  • begitu juga buat PELANGGAN TETAP, sekiranya abaya yang di RESERVED mendapat permintaan daripada pelanggan lain, maka admin akan maklumkan dahulu pada pelanggan tetap dan sekiranya tiada maklumbalas, maka admin akan berikan pada pelanggan yang lain untuk urusan jual-beli.

SYARAT TEMPAHAN ABAYA CUSTOM MADE
  • Para pelanggan lama/baru yang membuat tempahan abaya CUSTOM MADE iaitu abaya tempahan Khas, perlu berikan ukuran penuh dan betul sebelum menyerahkan maklumat tempahan pada admin.
  • NUR AIN'Z BOUTIQUE kini hanya menerima bayaran penuh untuk tempahan CUSTOM MADE tidak kira untuk pelanggan lama/baru.
  • Ukuran baru tidak akan diterima setelah tempahan diproses kepada pihak pembekal, kecuali mendapat maklumbalas daripada pihak tailor tentang ukuran diberikan pelanggan agak meragukan maka admin akan semak kembali dengan pihak pelanggan.
  • Setelah tempahan diproses, dan pelanggan faham terma dan syarat tempahan, maka JUAL-BELI MUKTAMAD.
  • NO REFUND setelah tempahan diproses.

Syarat tempahan terpaksa diketatkan kini.Ini berikutan ain selaku admin NUR AIN'Z BOUTIQUE perlu menjaga hubungan dengan pihak pembekal abaya.

Apabila ada abaya yang telah atau sedang dalam proses CUSTOM MADE, dan akhirnya pelanggan meminta membatalkan tempahan pada saat-saat akhir dan meminta REFUND kembali, hal ini telah mengganggu urusan tailor ain di sana dan dalam masa yang sama menjejaskan hubungan kami.



Kos penghantaran adalah seperti berikut:

  • Semenanjung Malaysia = RM 10 untuk sehelai abaya.
  • Sabah/Sarawak = RM 13 untuk sehelai abaya.


Pelanggan dari Indonesia, Brunei dan Singapura juga amat-amat dialu-alukan.

Pastikan anda memilih SAIZ dan membuat UKURAN yang betul sebelum membuat tempahan.

TIADA PERTUKARAN SAIZ DITERIMA setelah tempahan dibuat.

Proses penghantaran abaya dari Timur Tengah ke Malaysia mengambil masa selewat-lewatnya 1 1/2 BULAN dari tarikh tempahan diterima atau seperti dinyatakan di dalam album tempahan.

Pelanggan yang berminat, perlulah mengisi maklumat lengkap pada ORDER FORM yang disediakan.

Semua urusan jual-beli adalah muktamad.Terima kasih.


Syukran.
NUR AINZ BOUTIQUE

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana singgah di NUR AIN'Z BOUTIQUE.Maklum balas daripada anda amat ain hargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...