Assalamualaikum sahabat NUR AIN'Z BOUTIQUE sekalian.Moga sahabat semua dalam rahmat Allah SWT dan dalam lindungan NYA selalu, aamiin.
Alhamdulillah, atas izin Allah SWT hari ini ain diberi kesempatan menyediakan nota ringkas buat sahabat semua berkenaan BERKENAAN ABAYA.
Apa Itu Abaya???
Abaya adalah pakaian labuh, yang longgar, berwarna hitam yang biasa dipakai muslimat di negara Timur Tengah.Abaya ini kebiasaannya dipakai di bahagian luar melindungi pakaian lain yang dipakai di bahagian dalam abaya sebelum mereka menghadiri aktiviti di luar rumah.
The abaya "cloak" (colloquially and more commonly, Arabic: عباية ʿabāyah , especially in Literary Arabic: عباءة ʿabāʾah ; plural عبايات ʿabāyāt , عباءات ʿabāʾāt ), sometimes also called an aba, is a simple, loose over-garment, essentially a robe-like dress, worn by some women in parts of the Islamic world including in North Africa and the Arabian Peninsula.[1] Traditional abayat are black and may be either a large square of fabric draped from the shoulders or head or a long caftan. The abaya covers the whole body except the face, feet, and hands.
Abaya adalah pakaian yang sudah menjadi kebiasaan muslimat di Timur Tengah sebelum keluar dari rumah, dan kini abaya mula popular digayakan di kebanyakkan negara-negara Islam di seluruh dunia, termasuk di Asia misalnya Malaysia, Brunei dan Singapura.
Abaya sangat sesuai dipakai pada bila-bila masa dan dalam pelbagai suasana mahupun keadaan.Selain itu, ianya memenuhi beberapa syariat Islam dalam berpakaian:
- ianya cukup labuh
- ianya tidak mengikut bentuk badan, longgar
- warna hitam
- tidak jarang, namun sebaiknya pakailah pakaian lain sebelum mengenakan abaya
- identiti wanita Islam
- ianya tebal dan tidak nipis
contoh potongan umbrella
Pemakaian abaya kini begitu meluas dan tidak mengira pangkat mahupun peringkat usia.Dari golongan kanak-kanak, remaja hinggalah golongan dewasa sebahagian besarnya memilih abaya sebagai pakaian harian.Alhamdulillah.
Warna dan designnya yang ringkas mudah menambat hati sesiapa yang melihat, insyaAllah.Pakaian sunnah, pakaian yang dipakai oleh Ummahatul Mukminin, pakaian wanita solehah semakin digemari, Alhamdulillah.
Kenapa ain sebut ianya adalah pakaian sunnah? Ini kerana wanita Islam digalakkan / disunatkan memakai pakaian yang berasaskan kepada warna hitam.Namun, itu tidak bermakna warna lain tidak dibenarkan sama sekali.Apa yang penting warna itu adalah gelap dan tidak terlalu menonjol rekaannya.
Rekaan abaya juga mengalami revolusinya yang tersendiri.Pada awalnya, rekaan abaya hanyalah kosong semata tanpa disulami sebarang manik mahupun sulaman berwarna.Kini, ianya berubah mengikut peredaran zaman namun masih mengekalkan syariat wanita Islam dalam berpakaian, insyaAllah.Yang penting di sini, kita sebagai wanita Islam perlu peka dan ambil tahu ciri-ciri yang betul dalam berpakaian mengikut syariat Islam, dan bukan hanya tahu membeli semata-mata.
Dari segi potongan abaya juga terdapat pelbagai pilihan seperti straight cut, A cut , umbrella cut / princess cut
UMBRELLA CUT/PRINCESS CUT
Potongan abaya ini adalah kembang di bahagian bawah abaya seperti bentuk 'gown'. Antara rekaan abaya yang paling diminati muslimah masa kini.
A CUT
Potongan abaya A CUT adalah sesuai bagi muslimat yang bertubuh agak berisi di bahagian punggung/perut dan juga cutting ini sangat sesuai buat muslimat yang sedang mengandung.Ini kerana A CUT dibuat longgar dan besar di bahagian tersebut.Maka dapat melindung bentuk badan muslimat, insyaAllah.
STRAIGHT / NORMAL CUT
Sesuai untuk muslimat yang saiz badan biasa.
Buat sahabat sekalian yang ingin atau berminat mencuba pakaian sunnah, insyaAllah ain sedia membantu.Sahabat boleh hantar email peribadi jika inginkan sebarang maklumbalas yang berkaitan, insyaAllah.
Kepakaran NUR AIN'Z BOUTIQUE adalah dalam memasarkan abaya yang didatangkan khas dari Timur Tengah.Pakai abaya "MUSLIMAH BERGAYA, AURAT DIPELIHARA"
Sebarang pertanyaan sila :
SMS/CALL : 016 665 7783
EMAIL : nurainzboutique@gmail.com
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana singgah di NUR AIN'Z BOUTIQUE.Maklum balas daripada anda amat ain hargai.