Thursday, February 2, 2012

SALAM PERKENALAN

Bismillah,
Assalamualaikum, salam sejahtera buat para peminat dan pelanggan Nur Ain'Z Boutique.Moga semuanya dalam keadaan baik-baik selalu, InsyaAllah.

Entry kali ini adalah lebih kepada pengenalan serba ringkas mengenai diri ini selaku pemilik blog Nur Ain'Z Boutique.Bagi anda yang pernah singgah ke blog peribadi ain yang lain iaitu blog NUR pasti serba sedikit tahu mengenai diri ini.

Sedikit pengenalan secara ringkas bagi yang masih baru ke blog Nur Ain'Z Boutique.Nama diberi Nur'Ain Vivian Quake Binti Abdullah, berasal dari Melaka dan adalah seorang Chinese Muslim.Alhamdulillah.

Mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan alam maya semenjak 3 tahun yang lalu secara sambilan.Sebelum ini bekerja sebagai seorang jururawat di salah sebuah hospital swasta di Melaka dan kini hampir setahun bergelar suri rumah sepenuh masa.Alhamdulillah, dalam masa setahun ini ain berusaha perbaiki kelemahan dalam urusan online bisnes memandangkan sebelum ni tidak dapat tumpukan perhatian dalam bidang yang diminati.

Memilih busana muslimah sebagai cabang perniagaan kerana bercita-cita ingin menggalakkan lebih ramai lagi muslimah di luar sana berpakaian mengikut hukum syariat Islam, InsyaAllah.Secara peribadi, ain amat menggemari abaya atau lebih biasa disebut di negara kita sebagai jubah.

Di negara kita boleh dikatakan semakin banyak butik-butik muslimah yang tumbuh bak cendawan.Pelbagai jenis fesyen dan design terkini yang mudah didapati di pasaran.Namun, tidak semua busana muslimah yang dipasarkan memenuhi tuntutan menutup aurat dengan sempurna.Lihat saja material yang digunakan, kebanyakkannya apabila dipakai pasti menampakkan lekuk tubuh muslimah berkenaan.

Maka, dengan itu ain menjadikan busana muslimah sebagai cabang utama dalam perniagaan alam maya ain disini.Alhamdulillah, Nur 'Ain'Z Boutique sudah mula mempunyai peminatnya sendiri.Buat masa ini, Nur Ain'Z Boutique menyediakan koleksi abaya yang ditempah khas dari negara Timur Tengah dan rakan-rakan niaga ain yang utama adalah dari Dubai, Qatar dan juga Mesir.Alhamdulillah, abaya dari setiap negara mempunyai peminat tersendiri.

Bagi koleksi abaya dari Qatar misalnya, para pelanggan boleh menempah abaya mengikut design tersedia dengan pilihan material dan warna mengikut permintaan masing-masing.Bagi abaya yang didatangkan dari Mesir dan Dubai pula, abaya yang ditempah adalah stok tersedia sahaja dan saiz bergantung pada stok sedia ada.

Selain abaya dari Timur Tengah, Nur Ain'Z Boutique dalam perancangan mendapatkan abaya simpanan atau Ready Stok pada masa akan datang.Dengan ini, para peminat abaya dapat memiliki abaya dalam masa terdekat tanpa perlu menempah terlebih dahulu.InsyaAllah, sedang diusahakan

Busana muslimah tidak akan lengkap dengan abaya semata, maka Nur Ain'Z Boutique juga dalam usaha mendapatkan koleksi tudung labuh seperti pashmina, tudung labuh bidang 60', tudung labuh turki dan juga mesir.InsyaAllah, hanya yang terbaik buat peminat Nur Ain'Z Boutique.

Untuk jangkamasa panjang, selain membuat jualan secara online, ain berhasrat mengadakan butik muslimah dari rumah juga.InsyaAllah, dengan adanya butik dari rumah nanti dapatlah rakan-rakan terdekat dan peminat abaya yang terdekat berkunjung ke rumah dan melihat sendiri koleksi abaya Nur Ain'Z Boutique.Di samping itu dapatlah merapatkan lagi ukhuwah sedia ada, InsyaAllah.

Alhamdulillah, serba ringkas coretan ain disini.Buat peminat dan bakal pelanggan Nur Ain'Z Boutique, salam perkenalan dan selamat datang ain ucapkan.Terima kasih atas sokongan semua..


Tuesday, January 10, 2012

TERBARU DARI ABAYA QATAR

STATUS UPDATED 14/12/12 : PRE ORDER CLOSED

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum buat semua peminat dan pelanggan NUR AIN'Z BOUTIQUE.Terbaru dari Abaya Qatar.

SEMUA TEMPAHAN ABAYA QATAR AKAN DIURUSKAN OLEH NUR AIN'Z BOUTIQUE.

PROSES PENGHANTARAN YANG DIURUSKAN OLEH RAKAN NIAGA DI QATAR AKAN MENGAMBIL MASA 4-5 MINGGU UNTUK SAMPAI KE MALAYSIA.

TEMPAHAN BOLEH DIBUAT PADA BILA-BILA MASA.

TERIMA KASIH.




KOD : 074
HARGA : RM230 (bserta dengan shayla)




Harga : RM 320 (tanpa shayla)
Harga : RM 350 (dengan shayla)

#Material luar : crepe saudi
#Material dalam : satin.
#warna boleh diubah atas permintaan
#Kemasan di tangan : grip + stones




KOD : SR 298
Harga : RM 140 (tanpa shayla)

Potongan : Normal A-line




KOD : SR 315
Harga : RM 170 (tanpa shayla)

Potongan : kembang payung




KOD : SR 314
Harga : RM 160 (tanpa shayla)

Potongan : kembang payung




KOD : 049
HARGA : RM 220 (Beserta dengan shayla)




CODE : SR003
Price : RM 230 (beserta dengan shayla)




CODE : 051
Price : RM 190 (without shayla)




CODE : SR005
Price : RM 300(beserta dengan shayla)




CODE : SR002
Price : RM 230 (beserta dengan shayla)




KOD : 025
ABAYA : jenis sarung
HARGA : RM 200 (beserta dengan shayla)

Material bahagian dlm : INTERNET
Material bahagian luar : Chiffon




KOD : 020
HARGA : RM 180



Abaya boleh ditempah dengan membuat permintaan seperti:
# NURSING ABAYA / OPEN FRONT di bahagian dada bagi memudahkan ibu-ibu yang menyusukan bayi.

# bagi Muslimah yang lasak atau berkerjaya, boleh menempah abaya di pergelangan tangan jenis getah atau grip bagi memudahkan pergerakkan.

# details/kemasan pada abaya juga diterima dan harga abaya akan berubah mengikut design permintaan.

# semua abaya di dalam koleksi ini boleh ditempah mengikut ukuran badan pelanggan.

# boleh menempah abaya tanpa SHAYLA.

# Kos penghantaran adalah seperti berikut:

Semenanjung Malaysia = RM 10 untuk sehelai abaya.

Sabah/Sarawak = RM 13 untuk sehelai abaya.

Pelanggan dari Indonesia, Brunei dan Singapura juga amat-amat dialu-alukan.

# MATERIAL & WARNA : MENGIKUT PERMINTAAN

~Crepe saudi
~Internet
~Lexus
~NIDA (+RM10)
~SAtiN (+RM10)


Hubungi :
Email: nurainvivian@gmail.com
sms: 016 665 7783

Terima Kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...