Ini adalah ukuran 'standard' bagi semua jenis abaya yang didatangkan khas dari Dubai di dalam koleksi NUR ABAYA BOUTIQUE.

Cara membuat ukuran abaya

Ikuti langkah-langkah ini :
DADA : Tetapkan titik ukuran, ukur disekeliling bahagian dada, pastikan tali ukur dalam keadaan lurus di bahagian belakang badan.
PINGGUL : Ukur di bahagian sekeliling pinggul.
LABUH : Mulakan ukuran dari bahagian belakang badan di bahagian bawah leher hingga ke paras labuh yang anda ingini.(seelok-eloknya hingga paras buku lali kaki)
LEBAR BAHU : Gunakan tali ukur dan ukur di bahagian belakang badan, dari satu bahu ke bahu yang lain.
PANJANG LENGAN : Mulakan ukuran dari bahagian atas bahu anda dan pastikan tali ukur dalam keadaan lurus hingga ke bahagian pergelangan tangan.
UNTUK SAIZ DADA :
Tambah 6 inci daripada saiz ukuran anda.
UNTUK BAHAGIAN PINGGUL:
Tambah 8 inci daripada saiz pinggul anda.
CONTOH:
Ukuran dada : 34, Ukuran pinggul : 38.
Saiz dada abaya = 34+6 = 40
Saiz pinggul abaya = 38+8 = 56.
Maka, saiz abaya adalah S.
Jika ada saiz abaya yang saiznya diantara 2 jenis ukuran saiz, pilih abaya yang lebih besar.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana singgah di NUR AIN'Z BOUTIQUE.Maklum balas daripada anda amat ain hargai.