Thursday, October 20, 2011

TEMPAHAN / BELIAN ABAYA DUBAI

Assalamualaikum, salam sejahtera kepada semua pelanggan NUR AIN'Z BOUTIQUE. Terima kasih kerana setia berkunjung ke butik alam maya ain di sini.

Di sini ain ingin sertakan terma dan syarat apabila membuat tempahan atau belian abaya dari Dubai.Ini bagi memudahkan pelanggan membuat urusan tempahan atau belian pada masa depan,insyaAllah.

1. Sila rujuk album abaya Dubai terkini untuk melihat harga abaya.

2. Pembelian sebarang jenis abaya Ready Stock perlu membuat bayaran penuh.

3. Untuk koleksi tempahan, bayaran deposit sebanyak 50% diperlukan.Namun, bayaran penuh perlu dijelaskan sebelum atau pada tarikh akhir tutup tempahan abaya Dubai.

4. Bagi pelanggan yang gagal membuat bayaran pada tarikh akhir tutup tempahan, maka tiada tempahan akan dibuat.Wang akan dikembalikan jika pelanggan membatalkan urusan tempahan.

5. Harga abaya Dubai yang tertera di dalam album tidak termasuk kos penghantaran kepada pelanggan.

6. Kos penghantaran adalah bergantung kepada pihak pembekal.

Pelanggan dari Indonesia, Brunei dan Singapura juga amat-amat dialu-alukan.

7. Pastikan anda memilih SAIZ yang betul kerana penukaran abaya adalah sukar berikutan jarak dan masa diambil.

8. Jika pelanggan ingin menukar saiz setelah penerimaan abaya , kos penghantaran semula ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan.

9. Proses penghantaran Abaya Dubai ke Malaysia mengambil masa sekurang-kurangnya 4 minggu dari tarikh akhir tutup tempahan.Sekiranya pelanggan inginkan abaya dengan segera, maka kos penghantaran tambahan akan dikenakan.

10. Pelanggan yang berminat, perlulah memberikan maklumat lengkap seperti berikut:

~NAMA PENUH
~ALAMAT PENGHANTARAN
~NO.TELEFON UNTUK DIHUBUNGI
~EMAIL
~KOD BELIAN ABAYA


11.Sila hantarkan maklumat lengkap kepada ain di:

Email: nurainzboutique@gmail.com
Tel/Sms: 016 665 7783


Sebarang pertanyaan, bolehlah terus komen pada album atau email atau sms seperti maklumat yang tertera.

12. Semua urusan jual-beli adalah muktamad.Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana singgah di NUR AIN'Z BOUTIQUE.Maklum balas daripada anda amat ain hargai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...