
CARA MEMBUAT UKURAN SAIZ ABAYA
Ini adalah ukuran 'standard' bagi semua jenis abaya yang didatangkan khas dari ABU DHABI/DUBAI di dalam koleksi NUR AIN'Z BOUTIQUE.
Ikuti langkah-langkah ini :
DADA : Tetapkan titik ukuran, ukur disekeliling bahagian dada, pastikan tali ukur dalam keadaan lurus di bahagian belakang badan.
PINGGUL : Ukur di bahagian sekeliling pinggul.
LABUH : Mulakan ukuran dari bahagian belakang badan di bahagian bawah leher hingga ke paras labuh yang anda ingini.(seelok-eloknya hingga paras buku lali kaki)
LEBAR BAHU : Gunakan tali ukur dan ukur di bahagian belakang badan, dari satu bahu ke bahu yang lain.
PANJANG LENGAN : Mulakan ukuran dari bahagian atas bahu anda dan pastikan tali ukur dalam keadaan lurus hingga ke bahagian pergelangan tangan.
UNTUK SAIZ DADA:
Tambah 6 inci daripada saiz ukuran anda.
UNTUK BAHAGIAN PINGGUL:
Tambah 8 inci daripada saiz pinggul anda.
CONTOH:
Ukuran dada : 34, Ukuran pinggul : 38.
Saiz dada abaya = 34+6 = 40
Saiz pinggul abaya = 38+8 = 46.
Maka, saiz abaya adalah S.
Setelah selesai membuat ukuran, sila rujuk pada jadual disediakan.Setiap ukuran adalah dalam inci.
Setelah selesai membuat ukuran, sila berikan butirannya beserta dengan maklumat belian seperti berikut:
#NAMA PENUH
#ALAMAT PENGHANTARAN
#NO.TELEFON UNTUK DIHUBUNGI
#EMAIL JIKA PERLU
#KOD BELIAN ABAYA
#UKURAN DAN SAIZ YANG BETUl
Sekiranya anda telah membuat ukuran tetapi masih kurang pasti dengan saiz abaya yang patut dipilih, boleh hubungi ain terus:
Tel : 016 665 7783
Email : nurainzboutique@gmail.com
Terima kasih.